Selangorkini
GLOBAL

Trump cuti 17 hari disebalik masalah dalam negara memuncak

WASHINGTON 5 OGOS: Ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut dengan isu skandal Russia dan masalah kebocoran maklumat pegawai kerajaan, namun Presiden Donald Trump memulakan cuti 17 hari semalam.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Trump bercuti ke sebuah pusat peranginan golf miliknya di Bedminster, New Jersey.

Beliau gagal meraih kemenangan perundangan besar sepanjang tempoh tujuh bulan pertama berkhidmat dan kini bertegang urat dengan beberapa pembuat dasar Republikan sendiri dalam beberapa isu.

Rumah Putih berkata, percutian Trump di Bedminster akan menjadi percutian sambil bekerja dan memaklumkan sistem pemanas dan penyejuk pejabat beliau yang sudah ‘berbunyi’ akan dibaik pulih ketika musim panas di Washington sementara ketiadaan hartawan itu.

Percutian seorang presiden bukan sesuatu yang baharu. Namun waktu bercuti beliau menjadi tumpuan sebahagian besarnya kerana sebelum ini Trump mengutuk bekas presiden Barack Obama tanpa henti kerana bercuti ketika berkhidmat.

=EZY=


Pengarang :