Selangorkini
SELANGOR

UNISEL manfaat dana RM1 juta laksana aktiviti kesukarelawan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 OGOS: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta kepada Universiti Selangor (UNISEL) bagi membiayai aktiviti sukarelawan pelajar bagi tahun 2017.

Timbalan Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sehingga kini UNISEL sudah membelanjakan RM500,000 untuk membiayai pelbagai aktiviti diadakan.

“Pada semester Januari sahaja, sebanyak 120 program CAKNA disalurkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berjaya dilaksanakan dengan melibatkan RM250,000 pada suku tahun pertama.

UNISEL PELAJAR“Pada suku tahun kedua pula, MBI menyalurkan RM250,000 untuk membangunkan aktiviti kesukarelawan pelajar khususnya untuk pelajar UNISEL,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UNISEL dengan GPM di UNISEL Kampus Shah Alam di sini, semalam.

Jelasnya, ini menunjukkan sokongan mantap Kerajaan Negeri serta pengurusan UNISEL kepada semua aktiviti yang dijalankan pelajar UNISEL.

Shaharuddin turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pelajar UNISEL ekoran kejayaan menjalankan aktiviti sepanjang tahun ini.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk berkolaberasi bagi menjayakan program usahasama sukarelawan.


Pengarang :

Related posts

MB: Juruteknik, pegawai kebajikan dan bidan wanita setiap pangsapuri

Bangkit kembali sukan sepak takraw

Nurul Farina Nazlan

Selangor perlu kaji nisbah plot 1:8, pastikan rakyat selesa