Selangorkini
SELANGOR

38 peniaga sertai Kursus Keusahawanan (Kewangan) HIJRAH

KUALA SELANGOR, 26 SEPT: Seramai 38 Usahawan HIJRAH dan penerima bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) berjaya menamatkan Kursus Keusahawanan (Kewangan) anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor di De Palma Eco Resort, baru-baru ini.

Penyampaian sijil kepada peserta disempurnakan Pegawai Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor, Mohd Fadzil Abdul Manan.

Katanya, kursus kewangan dua hari di bawah program latihan keusahawanan Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) itu bertujuan memberi ilmu berguna kepada peserta terutama dalam memajukan diri sekali gus meningkat pendapatan masing-masing.

kursus06“Diharap usahawan Selangor merebut peluang memohon bantuan perniagaan disediakan Kerajaan Negeri memandangkan ia bukan sahaja menyediakan bantuan modal tetapi turut menyediakan kursus keusahawanan secara percuma,” katanya.

Pada majlis penutup turut diadakan taklimat HIJRAH yang disampaikan Pengurus HIJRAH Cawangan Tanjung Karang, Mohd Razali Bin Abdul Razak dan taklimat Dana Usahawan Mikro Selangor yang disampaikan Pembantu Tadbir Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor, Mohd Azlan Zainudin.


Pengarang :