Selangorkini
SELANGOR

Bersama meriahkan Festival Tanglung Klang

OLEH AFIX REDZUAN

SETIA ALAM, 16 SEPT: Pusat Khidmat DUN Sungai Pinang bakal menganjurkan Pesta Tanglung Klang sempena Festival Kuih Bulan pada 1 Oktober ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) merangkap Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Kim berkata, pihaknya mensasarkan kehadiran pengunjung sekitar 3,000 orang.

“Pentas Selangor akan membuat persembahan jalanan yang mempunyai pentas khas di Jalan Raja Hassan, berdekatan dengan Jalan Taiping.

“Jalan Raja Hassan akan mula ditutup pada petang 29 September dan dibuka semula selepas semua acara selesai,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

IMG_1135Menurutnya, orang ramai dijemput hadir tidak kira bangsa kerana festival ini berbentuk kebudayaan dan bukannya keagamaan.

Festival dijangka bermula jam 8 malam dan berakhir jam 12 malam.


Pengarang :