Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Bilik Laktasi inisiatif hormat wanita

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 20 SEPT: Bagi menggalakkan penyusuan bayi bagi wanita bekerja, Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan Bilik Laktasi bagi memenuhi keperluan itu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, bilik itu juga diwujudkan bagi menggalakkan pemberian susu ibu secara berterusan kepada bayi sebaiknya sehingga mencapai umur dua tahun walaupun mereka bekerja.

“Inisiatif ini juga bertujuan memberikan kemudahan, keselesaan dan galakkan penyusuan bayi kerana ia bukan sahaja kepada golongan wanita yang bekerja di SUK malah kepada orang ramai yang datang.

IMG_20170920_125255“Selain di sini, terdapat satu lagi Bilik Laktasi di Pejabat Dewan Negeri Selangor (DUN), inisiatif daripada Speaker DUN, Hannah Yeoh sendiri untuk kemudahan golongan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Bilik Laktasi di Foyer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSASS) Shah Alam, di sini pagi tadi.

Bilik Laktasi adalah inisiatif kedua Kerajaan Negeri memartabatkan wanita selepas pelaksanaan Parkir Ibu Hamil dalam memastikan wanita bekerjaya terus kekal dalam pasaran kerja.

Daroyah berkata, Inisiatif itu juga hasil analisa keperluan Kemudahan Mesra Wanita di tempat kerja yang diadakan pada 2015.

IMG_20170920_125122“Sebanyak 94.25 peratus menyatakan persetujuan keperluan untuk mewujudkan bilik laktasi atau bilik penyusuan di tempat kerja.

“Bilik laktasi ini disediakan memandangkan ramai dalam kalangan kakitangan suk juga merupakan golongan ibu muda yang masih menyusukan anak,” katanya.

Selain itu, Daroyah turut mengalu dan menyaran agensi kerajaan, badan berkanuan dan anak syarikat kerajaan negeri menambahbaik polisi dan dasar yang mengangkat martabat dan mengiktiraf golongan wanita di negeri itu.


Pengarang :