SASTERA

Engkau memakai agama dengan baik

(Untuk Ibrahim)

Aku lihat engkau kemana-mana membawa imanmu, yang tak sering kaubicarakan tetapi kau sarungkan sebagai pakaian. Dan pada suatu hari, takdirmu berjalan melintasiku kerana kau wujud sebagai pesan.

Ucapanmu sederhana, bersama malu kaujemput damai. Kerana tenteram dari hatimu, kau tinggalkan aku dengan nyaman.

Tidak sesaatpun sabarmu terangkat dari jasad, meski aku mendatangimu dengan ragam. Sering kausantuni aku dengan senyuman kerana marahmu bukan pameran.

Aku fikir engkau memakai agamamu dengan baik kerana kausarung sunnah sebagai baju. Dan ketika takdirku memandangmu, semakin kucintai Tuhanku berbanding engkau.

NOUR AMIR


Pengarang :