Selangorkini
GLOBAL

Hampir 250 terkorban gempa bumi landa Mexico

MEXICO CITY: Jumlah korban akibat gemba bumi kuat pada 7.1 skala richter yang melanda Mexico meningkat kepada 248 orang, lapor BBC NEWS.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto berkata lebih 20 kanak-kanak maut dan 30 masih hilang apabila sekolah runtuh ekoran gempa bumi itu.

Gempa bumi itu juga menyebabkan kemusnahan teruk di negeri jiran.

Para petugas penyelamat dan sukarelawan kini menggali kawasan runtuhan 29 buah bangunan bagi mencari mereka yang terperangkap.

Gempa bumi bermagnitud 7.1 itu berlaku 35 tahun selepas gempa bumi 1985 yang mengorbankan 10,000 orang.

dTKAHTLT

 

ECjrMd8I

=EZY=


Pengarang :