NASIONAL SENI

Kartunis Gayour idam kebebasan berkarya perangi rasuah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 SEPT: Kartunis terkenal, Gayour atau nama sebenarnya, Mazli Ibrahim, 49, berharap golongan kartunis diberikan kebebasan memainkan peranan lebih proaktif dalam melontarkan kritikan dalam pelbagai isu khususnya melibatkan isu rasuah.

Beliau yang baru pulang dari menghadiri Jakarta International Book Fair’, Pameran Seni Lawan Korupsi dan ‘Pameran Seribu Kartun Anti Korupsi’ di Jakarta, Indonesia baru-baru ini berkata, Malaysia sepatutnya mencontohi negara jiran itu yang memberi kebebasan kepada karyawan mengkritik melalui karya masing-masing.

“Mereka lebih bebas berinteraksi dengan pemimpin atau rakyat jelata mengenai sesuatu isu melalui karya mereka termasuklah isu-isu besar seperti rasuah yang dianggap sebagai isu besar.

IMG-20170915-WA0011“Karyawan mereka menggunakan kebebasan diberikan pemerintah dengan melahirkan kebimbangan, keprihatinan, kebencian dan kerisauan mereka terhadap rasuah daripada zaman dahulu lagi hinggalah sekarang,” katanya kepada SelangorKini.

Jelasnya, selain kartunis, karyawan lain dalam pelbagai cabang seni lain turut diberikan kebebasan berkarya sekali gus berpeluang memainkan peranan lebih besar dalam menyuntik kesedaran bahaya rasuah kepada masyarakat di Indonesia.

Katanya, selain itu, wartawan juga sepatutnya diberikan hak mengkritik dan menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui penulisan di media-media.

Beliau turut berharap kartunis di negara ini diberikan peluang mengadakan pameran secara besar-besaran dengan tema memerangi rasuah.IMG-20170915-WA0012 IMG-20170915-WA0009


Pengarang :