SASTERA

Kawan, apa khabar YB?

Kawan, sebentar!
jangan pergi dulu
ada pertanyaan sulit
mau difikirkan.
antara dua ini
kau senang yang mana?
penjenayah jadi pemimpin
atau
pemimpin jadi penjenayah

saat itu, di kaca tivi
ada lelaki tangan bergari
berbaju oren berwajah sedih
khabarnya, ratusan juta
RM dibawa lari.

sedang jawapan dinanti-nanti
kawan segera angkat kaki
bilangnya, dia harus pergi
pukul lapan nanti
ada temu janji dengan yb.

ah! sampaikan salam saya pada yb!
katakan padanya,
nasi di pinggan saya sudah basi
cawan kopi saya kosong tak berisi.

SAHIDZAN SALLEH


Pengarang :