Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Pusat tahfiz terbakar, lebih 20 nyawa terkorban

KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Lebih 20 pelajar dan pengajar sebuah pusat tahfiz disahkan meninggal dunia dalam insiden kebakaran di Jalan Keramat Hujung, Dato Keramat, di sini, awal pagi tadi.

Memetik BH Online, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz terbabit yang menempatkan sebahagian pelajar dan pengajar, dalam kejadian sekitar jam 5.15 pagi itu.

Berdasarkan maklumat awal, lebih 20 lagi pelajar sempat menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkap di tingkat dua bangunan terbabit.

Mangsa lain yang gagal menyelamatkan diri dipercayai ditemui dalam keadaan terhimpap berdekatan pintu keluar.

Pada masa ini, mayat semua mangsa dilaporkan masih berada di lokasi kejadian dan punca kejadian masih disiasat.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menerusi Twitter memaklumkan pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapatkan maklumat terperinci dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung perkara itu.

“Saya telah minta Pengarah JAIS untuk mendapatkan maklumat terperinci dari JAWI. Keselamatan anak dan guru di sekolah amat penting,” tulisnya.


Pengarang :