Rumah Selangorku: 97,432 unit diluluskan sejak 2014 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Rumah Selangorku: 97,432 unit diluluskan sejak 2014

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 SEPT: Sebanyak 169 projek pembinaan Rumah Selangorku (RSKU) diluluskan sejak 2014, merangkumi 97,432 unit di seluruh Selangor.

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim berkata, sejumlah 1,252 unit daripada tujuh projek sudah siap dibina meliputi jenis C sebanyak 932 unit dan jenis D 320 unit.


Katanya, ia termasuk projek RSKU di Hulu Langat, Shah Alam, Ampang Jaya, Kajang, Sepang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Bilangan projek terbanyak diluluskan pada 2015 dengan 85 projek merangkumi 59,644 unit.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 734 unit daripada 2 projek RSKU sudah siap dibina, sementara 17, 817 unit (22 projek) masih dalam pembinaan dan 41,093 unit (61 projek) dalam perancangan rapi,” katanya.

selangorku rumahPada 2014, sebanyak 37 projek diluluskan merangkumi 11,768 unit di mana 518 unit (lima projek) siap dibina manakala baki 4,380 (13 projek) dalam pembinaan dan 6,879 unit (19 projek) dalam perancangan.

Pada 2016, sebanyak 25 projek diluluskan dengan 8,881 unit dan kesemuanya masih dalam perancangan rapi.

RSKU disediakan dalam empat jenis iaitu jenis A yang berharga RM42,000, jenis B (RM100,000), jenis C (RM150,000 hingga RM200,000) dan jenis D (RM220,000 hingga RM250,000.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next