Selangorkini
SELANGOR

Selangor International Business Summit 2017, jana pulangan pelaburan negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 SEPT : Kerajaan Negeri mensasarkan perolehan pulangan lebih tinggi menerusi penganjuran tahun ketiga Selangor International Business Summit 2017.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, RM100 juta berjaya dikumpul hasil penganjuran persidangan sama tahu lalu.

Katanya, peningkatan itu mampu dicapai hasil penglibatan pelabur dan syarikat dari dalam dan luar negara untuk turut serta dalam persidangan bermula 7 hingga 17 September ini.

SIBS“Persidangan tahun lalu menyaksikan peningkatan jumlah pengunjung daripada 4,300 kepada 10,689 pengunjung dengan perolehan nilai traksaksi yang meningkat 100 peratus daripada RM50 juta kepada RM100 juta menerusi penglibatan 373 syarikat dari 15 negara.

“Pastinya tahun ini kita harapkan pulangan lebih tinggi boleh dicapai berdasarkan penganjuran berskala besar yang giat dilaksanakan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa yang turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan barisan pimpinan Exco Kerajaan Negeri ; Nik Nazmi Nik Ahmad, Dr Daroyah Alwi dan Amirudin Shari.

SIBS 4Chang Khim berkata, penganjuran persidangan kali ini turut mengundang 60 panelis dan tenaga mahir dalam pembangunan teknologi, perindustrian dan perdagangan antarabangsa.

Antaranya, wakil dari Barcelona, Amsterdam, San Francisco, Taipei, Singapura, Istanbul, Doha, Bandung, Jakarta dan Palo Alto.

“Tidak dilupakan panelis dalaman seperti Shah Alam, Cyberjaya, Subang Jaya dan Georgetown turut diundang berkongsi pengalaman masing-masing dalam forum persindangan ini,” katanya.

Katanya lagi, persidangan itu turut mengundang syarikat pengeluar dan rangkaian terbesar dunia antaranya, Huawei, Microsoft, IBM, Nvidia, Tencent, Google, Alibaba, Shopee dan Tesla.

“Penganjuran persidangan ini boleh disifatkan sebagai persidangan paling berprestij ke arah pembangunan Smart Cities dan perdangangan pelaburan terbaik di rantau ini,” katanya.SIBS 6 SIBS 5 SIBS 3


Pengarang :