Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor korbankan berbilion ringgit demi rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 SEPT: Kerajaan Negeri mengorbankan lebih RM2 bilion dalam program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) demi memastikan kebajikan dan taraf hidup rakyatnya dapat ditingkatkan sejajar dengan kemajuan ekonomi dan pembangunan negeri terkaya itu.

Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, berkata sedangkan wang sebanyak itu boleh disimpan bagi meningkatkan lagi rizab Kerajaan Negeri ke paras lebih tinggi.

“Kalau kita lihat sudut program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dengan lebih 17 program dibuat, ini merupakan satu contoh pengorbanan dibuat di mana Kerajaan Negeri tidak menyimpan duit itu tetapi kembalikan terus kepada rakyat dengan program biasiswa, Bas Smart Selangor, Peduli Sihat, Hijrah dan lain-lain.

“Program seperti inilah yang melahirkan beberapa keberkatan di sudut kenegaraan atau sesebuah kerajaan di mana kalau kita lihat Selangor dapat pelaburan Ikea yang menjadi salah satu daripada tiga pusat terbesarnya dan ini antara keberkatan daripada pengorbanan yang dibuat,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini.

Selangorkini 1 - 8 Sept 2017Jelas Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE) itu, pengorbanan wang ringgit dalam program seperti IPR seperti ini jelas untuk membantu rakyat semata-mata walaupun tidak memberikan pulangan keuntungan wang ringgit seperti mana dalam konteks perniagaan atau pelaburan.

Kata penganalisis politik terkenal itu lagi, selain itu, pentadbiran Kerajaan Negeri turut diberikan kestabilan politik dan mampu menjalankan urusan pentadbiran dengan licin dan berkesan untuk rakyatnya.

Justeru, beliau menyarankan supaya Kerajaan Persekutuan dan negeri lain mencontohi Selangor yang bukan hanya memikirkan pengorbanan yang dilakukan rakyat untuk kerajaan tetapi fikirkan apakah pengorbanan yang kerajaan lakukan untuk rakyat.

=EZY=


Pengarang :