AS pecat komander tertinggi kapal perang USS John S McCain | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

AS pecat komander tertinggi kapal perang USS John S McCain

TOKYO 11 OKT: Dua komander tertinggi kapal perang USS John S McCain dipecat Tentera laut Amerika Syarikat (AS) hari ini ekoran nahas dengan sebuah kapal tangki di luar perairan Singapura.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan ia disebabkan hilang keyakinan terhadap pegawai itu menjadi punca tindakan tersebut.

Armada Ketujuh AS yang berpangkalan di Lautan Pasifik dalam satu kenyataan berkata, pegawai pemerintah, Alfredo J. Sanchez dan pegawai eksekutif, Jessie L. Sanchez daripada kapal USS John S McCain `direhatkan daripada tugas mereka’.


Dalam kejadian pada 21 Ogos lalu di perairan Teluk Ramunia, Johor, kapal USS John S McCain berlanggar dengan kapal Alnic MC yang didaftarkan di Liberia, menyebabkan lima kru USS John S McCain cedera dan 10 lagi terbunuh.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next