Cub Prix: Amirul sedia hadapi cabaran CP150 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Cub Prix: Amirul sedia hadapi cabaran CP150

SHAH ALAM 12 OKT: Bekas pelumba Moto3, Amirul Hafiq Azmi mahu terus meningkatkan prestasinya bagi menghadapi cabaran CP150 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, 14 dan 15 Oktober ini.

Setelah lama tidak beraksi, pelumba berusia 21 tahun itu kembali ke kancah Cub Prix bersama pasukan Onexox TKKR Racing sejak pusingan lepas di Kelantan namun Amirul Hafiq gagal menamatkan perlumbaan setelah terlibat kemalangan pada pusingan kesembilan.

Bagaimanapun pelumba itu yakin dapat menyesuaikan diri bersama jentera Yamaha Y15ZR yang digunakan untuk mencatat keputusan lebih baik minggu ini.


“Bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan jentera Cub Prix ini setelah agak lama meninggalkan saingan Cub Prix.

“Mujurlah pasukan banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar, begitu juga dengan rakan-rakan seperti Mohd Helmi (Azman),” kata Amirul Hafiq.

Amirul berkata kali ini dia lebih memahami aspek teknikal jentera dan juga suasana cabaran saingan CP150 yang sangat sengit memandangkan kategori itu melibatkan pelumba negara cukup berpengalaman.

Pada masa sama pelumba itu cukup teruja kerana dapat kembali ke litar termasuk beraksi di dalam kategori Asia Production 250cc di pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

“Saya berterima kasih kepada pasukan Onexox TKKR Racing kerana meletakkan kepercayaan mereka kepada saya. Peluang ini tidak akan saya sia-siakan,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next