Cub Prix: Zaqhwan enggan mengalah saingan hebat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Cub Prix: Zaqhwan enggan mengalah saingan hebat

SHAH ALAM 12 OKT: Mohd Zaqhwan Zaidi enggan mengalah meskipun saingan kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2017 masih belum memihak kepada dirinya selepas kali terakhir menaiki podium pada perlumbaan pusingan pertama di Temerloh, Pahang, Mac lepas.

Menjelang pusingan kelapan yang akan berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan pada 14 dan 15 Oktober ini, pelumba pasukan Givi Honda Yuzy Racing yang diletakkan sebagai pelumba pilihan untuk bersaing merebut kejuaraan pada awal musim optimis mereka masih mampu untuk berada di kelompok hadapan dalam baki tiga pusingan perlumbaan terakhir sebelum saingan musim 2017 menutup tirai November ini.

“Banyak yang memperkatakan tentang kemampuan kami pada musim ini. Ia, memang tak dinafikan, situasi ketika ini tidak begitu memihak kepada kami, namun kami bukan hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa untuk mendapatkan jentera yang lebih baik,”


“Pasukan terus berusaha untuk mendapatkan jentera yang mampu memberikan saingan kepada lain-lain pasukan,” jelas juara keseluruhan CP130 musim 2014 ini.

Katanya Litar Jempol merupakan antara litar kegemarannya apabila tahun laku dia menang di sini, namun sukar untuk mengulanginya pada tahun ini.

“Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan mensasarkan penamat dalam kelompok lima pelumba terbaik. Satu bonus tambahan jika dapat naik ke podium,” kata Zaqhwan.

Selepas tujuh pusingan, Zaqhwan berada di tangga ke-11 keseluruhan dengan 35 mata manakala Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di tangga teratas dengan 125 mata.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next