Harga minyak dunia turun | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Harga minyak dunia turun

SINGAPURA 12 OKT: Harga minyak turun hari ini susulan peningkatan inventori di Amerika Syarikat (AS) walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkatkan usaha mengurangkan pengeluaran dan mengawal pasaran.

West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$51.08 satu tong pada 0014 GMT, turun 22 cent, atau 0.4 peratus, berbanding penutup sebelum ini, lapor REUTERS.

Penanda aras dagangan hadapan minyak mentah global, Brent, didagangkan pada AS$56.65, turun 29 cent, atau 0.5 peratus, berbanding penutup.


Mulai tahun ini, OPEC dan negara pengeluar minyak lain termasuk Russia bersetuju mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari bertujuan menaikkan harga.

Stok minyak mentah AS meningkat 3.1 juta tong kepada 468.5 juta tong minggu lalu, demikian menurut data American Petroleum Institute (API).

Data rasmi inventori bahan api AS akan dikeluarkan lewat hari ini oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Penganalisis menjangka OPEC akan terus mengurangkan pengeluaran sehingga 2018.

Goldman Sachs menjangka Brent akan didagangkan pada purata AS$58 satu tong pada 2018. –

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next