Indeks Pengeluaran Perindustrian Ogos Malaysia naik 6.8% | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Indeks Pengeluaran Perindustrian Ogos Malaysia naik 6.8%

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) bagi Ogos 2017 meningkat sebanyak 6.8 peratus kepada 133.2 daripada 124.7 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata peningkatan itu disokong oleh pertumbuhan 7.6 peratus dalam sektor pembuatan, susulan pertumbuhan kukuh 8.0 peratus pada Julai, 2017.

Subsektor utama yang mencatatkan pertumbuhan pada bulan itu ialah produk peralatan elektrik dan elektronik (8.6 peratus), produk makanan, minuman dan tembakau (9.4 peratus) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (6.9 peratus).


Jabatan itu berkata keluaran sektor perlombongan meningkat kukuh sebanyak 5.3 peratus pada Ogos disumbang oleh kenaikan dalam indeks gas asli sebanyak 14.6 peratus, manakala indeks minyak mentah turun 1.6 peratus.

“Keluaran sektor elektrik meningkat 3.0 peratus pada Ogos berasaskan tahun ke tahun,” kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

=EZY=

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next