Kementerian keliru urus hal ehwal pekerja asing | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Kementerian keliru urus hal ehwal pekerja asing

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 OKT: Isu membabitkan pengurusan hal ehwal pekerja asing negara ini wajar diuruskan Kementerian Sumber Manusia, bukan Kementerian Dalam Negeri.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kelemahan itu mendorong pelbagai masalah ekoran kegagalan pentadbiran sebenar mengurus isu pekerja asing ke negara ini.


Katanya, masalah lain turut timbul apabila Kerajaan Persekutuan, menerusi Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan membuat kenyataan membabitkan pengurusan isu berkenaan.

“Masalah utama kebanjiran pekerja asing di Malaysia juga di sektor perkhidmatan memberikan nilai tambah rendah, sekali gus merencatkan kadar gaji dan upah di Malaysia yang menjadikan rakyat khususnya generasi muda sebagai mangsa.

“Semua pakar bersetuju pengurusan pekerja asing di negara kita perlu lebih tersasar dan selektif, bersesuaian dengan keperluan ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Nur Jazlan berkata, sektor pembuatan berorientasikan eksport akan dibenar menggunakan pekerja asing sepenuhnya.

Ia susulan pendedahan Bank Dunia berhubung laporan ‘Migrating to Opportunity: Overcoming Barriers to Labour Mobility in Southeast Asia’.

Laporan itu melihat kepada penghijrahan pekerja antara negara di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, Nik Nazmi berkata, Kerajaan Persekutuan seharusnya lebih peka dengan mengangkat sistem imigresen negara, pada tahap lebih baik.

“Jika Nur Jazlan membaca laporan itu sepenuhnya, ia menyebut Malaysia juga perlu menjadikan sistem imigresen kita lebih peka terhadap keperluan ekonomi dan mengatasi masalah pendatang tidak formal.

“Sektor pembuatan yang mendapat manfaat daripada pekerja asing juga sepatutnya boleh membuat pelaburan lebih besar dalam inovasi.

“Mengikut satu lagi laporan Bank Dunia, ‘Trouble in the Making: the Future of Manufacturing-Led Development’, di Thailand, bilangan robot industri pada 2015 adalah 14,902, Malaysia hanya 3,931 sementara Indonesia 3,208,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next