Selangorkini
SELANGOR

Kenapa Noh Omar tak telefon?

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PUCHONG, 7 OKT: Menteri Umno, Tan Sri Noh Omar mempunyai kuasa lebih mutlak menentukan sebarang keputusan membabitkan isu perobohan tiga rumah dan dua kedai di perkarangan masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Noh sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu boleh membuat keputusan berikutan tanah berkenaan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Noh perlu patuh undang-undang. Tanah itu tanah Kerajaan Persekutuan, patutnya dia boleh buat panggilan (untuk sebarang keputusan),” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Skim Smart Sewa di Bandar Kinrara, pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Noh kononnya Mohamed Azmin boleh mengarahkan aktiviti perobohan boleh dihalang menerusi satu panggilan telefon, kerana kedudukannya sebagai Dato’ Menteri Besar.

Bagaimanapun, prihatin terhadap kemelut berkenaan, Kerajaan Negeri menawarkan inisiatif kediaman di Pusat Perumahan Rakyat (PPR), Kota Damansara kepada dua keluarga terlibat.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut bersetuju membiayai kos sewa unit-unit kediaman baru bagi tempoh enam bulan sebelum unit-unit berkenaan ditawarkan kepada dua keluarga berkenaan.

=EZY=


Pengarang :