Kuartes guru jadi projek ‘Gajah Putih’? | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kuartes guru jadi projek ‘Gajah Putih’?

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 OKT: Kuarters guru yang sepatutnya menjadi kemudahan untuk dimanfaatkan oleh guru-guru telah dibiarkan begitu sahaja di Taman Semarak, Sungai Petani Kedah.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata kegagalan projek berkenaan disifatkan sebagai pembaziran terbesar kepada negara, khususnya dalam aspek pendidikan dan kebajikan guru-guru.


“Diharap kerajaan Umno BN memandang serius perkara seumpama ini dan pada masa yang sama sedar akan masih ramai ( guru) yang memerlukan tempat tinggal di luar sana.

“Sekiranya kuarters ini dimanfaatkan kepada golongan muda untuk memiliki kediaman, bukankah ianya suatu bantuan yang bermanfaat?

“Terlalu jelas bahawa projek ini merupakan satu pembaziran duit rakyat dan memperlihatkan kelemahan dalam perancangan serta pengurusan sehingga mengakibatkan ianya dibiarkan begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Media melaporkan, 100 unit kuarters guru di Taman Semarak kini gagal disiapkan dengan keadaannya terbiar dan dipenuhi tumbuhan semak samun.

Bagaimanapun, hasil semakan SelangorKini, tiada sebarang butiran lanjut berhubung status pembinaan kuarters berkenaan.

Johari mendedahkan, kira-kira ribuan unit kuarters guru di Semenanjung terbiar tanpa penghuni, sementara di Sabah dan Sarawak wujud kekurangan terhadap keperluan itu.

“Adakah tujuan sebenar projek-projek ini dibuat bagi mendapatkan duit projek semata-mata? Adakah juga projek dapat diberikan kepada kroni tanpa penelitian dan perancangan yang teliti?

“Diharap kerajaan peka dengan masalah yang dihadapi oleh golongan pendidik kerana sehingga kini tiada sebarang usaha membaik pulih kuarters dilaksanakan,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next