Kuda | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Kuda

Gagah pantas sang kuda

membawa Ashurbanipal

berhunus busur dan panah


berburu singa

terpahat sekeping cerita

pada alabaster tua.

 

Bonaparte dan kuda hitam

menghunus dada kepada masa depan

lalu sedampar gurun bersaksi

Piramid dan Sphinx purba

kaku dan melutut

membalas renungan penakluk.

 

Hulubalang Melayu lama
dalam hikayat ceritera panji

berkuda putih pelana emas

gagah berani terlalu tangkas

tika berperang lasykar berlaksa

pengiring memacu kuda belaka.

 

Bersalah rasanya aku sekarang

membawa anakku yang perempuan

menunggang kuda Titiwangsa

manja-manja talinya ditarik

berlenggang atas pasir lunak.

Sebulan lepas di Batu Buruk

kudanya berkeliling di tempat sama

sekali naik beberapa ringgit

mengharap senyum anak naifku

yang mudah terbit.

NAJIBAH ABU BAKAR

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

Berita Seterusnya

Langit merah

BERITA BERKAITAN

Prev
Next