MB: Tranformasi Selangor menuju smart state serantau | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

MB: Tranformasi Selangor menuju smart state serantau

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 OKT : Selangor kini melalui proses tranformasi menuju ke arah sebuah ‘regional smart state’ meliputi aspek perkhidmatan, pembuatan dan pelaburan asing.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penumpuan terhadap sektor berkenaan dijadikan penanda aras untuk terus memacu kepada pertumbuhan ekonomi negeri.


“Selangor juga memberikan penekanan kepada industri yang ‘high impact’, ‘high tech’ dan R&D, di mana tumpuan khas diberikan kepada teknologi kreatif dan inovatif dalam semua lapangan.

“Ini bukan lagi merupakan satu pilihan tetapi merupakan satu kemestian, apa lagi dengan kemunculan dengan revolusi Industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata, Selangor sebagai negeri maju juga perlu muncul sebagai sebuah negeri berdaya saing dan mampu melahirkan anggota masyarakat berfikiran kreatif dan inovatif.

Katanya, pendekatan itu mampu dijayakan menerusi pelaksanaan dasar sedia ada dan disokong dengan daya pemikiran kreatif dan inovasi penjawat awam dan masyarakat seluruh negeri.

“Gagasan ‘regional smart state’ menuntut kita secara kolektif untuk berani merubah pemikiran, pendekatan dan budaya kerja untuk mencapai matlamat yang murni ini.

“Maka, kita perlu melakukan anjakan paradigma agar Selangor dapat melakukan ‘quantum leap’ menuju sebuah ekonomi berasaskan ilmu dan maklumat,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin bercakap pada Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Selangor 2017 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Exco Kerajaan Negeri Dato’ Ahmad Yunus Hairi dan Dr Daroyah Alwi.

Pada majlis itu, pelbagai agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) diiktiraf atas sumbangan, idea dan projek kreatif dalam membantu Kerajaan Negeri memacu kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next