Selangorkini
NASIONAL

Menteri dan Timbalan Menteri tiada, Dewan Rakyat ditangguh 10 minit

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit selepas ketiadaan Menteri atau Timbalan Menteri menyertai sesi sebelah petang untuk menyokong bacaan Rang Undang-Undang.

Mengikut aturan mesyuarat sesi sebelah petang dimulakan dengan bacaan kedua Rang Undang-Undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017 oleh Timbalan Menteri, Henry Sum Agong.

Penangguhan itu diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohd Said.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin secara berjenaka menyebut ‘Siapa bentang? Siapa Sokong?’ ketika situasi berlaku.

Selepas 10 minit, Ismail yang kembali mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa menyatakan beliau menerima ‘panggilan washroom’ sambil disambut gelak tawa Dewan Rakyat selain kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan daripada sesi Kamar Khas.

=EZY=


Pengarang :