PANTAS siap siaga berdepan bencana | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

PANTAS siap siaga berdepan bencana

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 OKT: Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) sedia berdepan sebarang kemungkinan jika berlaku bencana, di negeri ini.

Pengerusinya, Hamsah Djabir berkata, pihaknya bersedia mengarahkan anggota ke kawasan lokasi kejadian jika berlaku kejadian tidak diingini.


“Kita akan melihat situasi semasa dan pastikan maklumat sebenar juga penyelarasan bagi memudahkan pergerakan serta bantuan di kawasan kritikal.

“Kita juga berharap unit bencana negeri sentiasa melaporkan keadaan serta kawasan terbabit dari masa ke masa,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, penubuhan skuad PANTAS membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan untuk membantu agensi keselamatan lain dalam mengendalikan kes kecemasan dan bencana.

en hamzah pengerusi pantasBagaimanapun, penubuhan skuad ini tidak mengganggu peranan agensi keselamatan sedia ada seperti pasukan polis dan bomba tetapi bertindak sebagai sokongan dalam melaksanakan tindakan bantuan merangkumi aspek logistik, kepakaran serta kebajikan.

Pada masa sama, Hamsah berkata, pihaknya berharap agensi itu terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak bagi menjalankan fungsi penubuhannya.

“Sebagai badan bukan kerajaan, kita juga mengharapkan bantuan dan sokongan pihak berwajib, swasta serta orang perseorangan untuk membantu PANTAS dari segi kewangan juga keperluan barangan menghadapi situasi bencana,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next