Pemain bola sepak disaran sambung pelajaran demi masa depan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Pemain bola sepak disaran sambung pelajaran demi masa depan

SHAH ALAM 12 OKT: Pemain bola sepak disaran menggunakan masa terluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan yang boleh menjamin masa depan mereka.

Bekas Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic berkata ,pemain boleh melihat serta mengikut jejak langkah jurulatih Arsenal, Arsene Wenger yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi daripada University of Strasbourg; Steve Coppell, Glen Johnson dan Clark Carlisle.

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran dan memorandum persefahaman (MOU) antara Mehmet Football Academy (MFA) dan Universiti Selangor (UNISEL) pada 10 Oktober lalu.


“Saya ingin melahirkan pemain bola sepak yang bijak dan mempunyai masa depan cemerlang selepas karier di padang berakhir,” katanya.

Durakovic merintis jalan untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak bijak dan mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang dengan membuka akademi MFA dengan kerjasama UNISEL.

Durakovic yang pernah memimpin pasukan Selangor meraih pelbagai kemenangan termasuk juara Piala Malaysia tiga kali berturut-turut sejak 1995 menjelaskan idea menubuhkan MFA bertujuan memperjuangkan masa depan pemain bola sepak.

“Sering kali anda dengar pemain melarat selepas karier bola sepak mereka berakhir. Jadi saya tubuhkan akademi ini untuk memastikan pemain bola sepak mempunyai sekurang-kurangnya diploma,” katanya.

Pemain yang terpilih akan melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Industri Sukan (Pengurusan Bola Sepak) di UNISEL selama tiga tahun.

“Pemain bola sepak sebenarnya banyak masa lapang. Mereka hanya mula berlatih pada sebelah petang,”

“Jadi apa salahnya kalau mereka menyambung pengajian dalam bidang diploma atau ijazah yang boleh digunakan selepas karier bola sepak sudah berakhirnya,” kata bekas pemain lagenda Selangor.

=EZY=

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next