Penambahbaikan berterusan penuhi kriteria universiti | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Penambahbaikan berterusan penuhi kriteria universiti

OLEH HAFIZAN TAIB

BANDAR SERI PUTRA, 9 OKT: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menjalankan penyelidikan dan proses penambahbaikan berterusan bagi memenuhi kriteria menjadi universiti.

Rektornya, Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri berkata, proses itu merangkumi beberapa aspek dengan sebahagianya dipenuhi kolej terbabit bagi tujuan berkenaan.


“Bagaimanapun, ada yang lain perlu ditambah antaranya jumlah tenaga pakar kerana kebanyakan pensyarah KUIS masih muda dan memerlukan masa untuk memenuhi syarat bagi jawatan Profesor serta Profesor Madya.

“Saya jangka dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi kita akan dapat mencapai sasaran tetapi kita jalankan proses berterusan antaranya penyelidikan sebagai lanjutan terhadap usaha itu,” katanya kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Akademik Baru KUIS, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, KUIS komited terhadap usaha itu dan keutamaan dalam tempoh setahun dari sekarang.

LRM_EXPORT_20171009_104351-1280x853Dalam tempoh lima tahun ini juga, katanya, KUIS menjalankan kajian berhubung program pengajian ditawarkan bagi usaha penambahbaikan bagi memenuhi keperluan pelajar.

“Beberapa program pengajian kurang mendapat sambutan contohnya Keusahawanan, Teknologi Maklumat (IT) dan Dakwah, kita tambah baik juga ubah suai supaya bersesuai dengan keadaan semasa.

“Kita juga menambah program pengajian baru seperti Ijazah Sarjana Muda Syariah Muamalah, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Halal dan terbaru, Diploma Pengurusan Zakat dan Masjid.

“KUIS juga mendapat kelulusan untuk mengadakan empat program baru doktor falsafah dan 17 program sarjana yang mana ini semua perancangan kita untuk menaik taraf menjadi sebuah universiti,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next