Pertandingan Menulis Khutbah JAIS sedia hadiah hampir RM5,000 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Pertandingan Menulis Khutbah JAIS sedia hadiah hampir RM5,000

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 OKT: Umat Islam dipelawa menyertai Pertandingan Menulis Khutbah Jumaat 2017 anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan merebut hadiah hampir RM5,000.

Pemenang tempat pertama bakal menerima RM1,500, kedua (RM1,200), ketiga (RM1,000), ke-empat (RM600) dan sepuluh penerima saguhati RM500 masing-masing.


Menerusi laman web rasmi JAIS, pertandingan itu bertujuan menggalakkan penghasilan khutbah Jumaat yang dapat memberi kefahaman dan kesedaran Islam kepada jemaah.

Ia juga bertujuan mencungkil bakat penulis baru menerusi medium penulisan khutbah.

Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia beragama Islam berumur 18 tahun ke atas.

Pilihan tajuk adalah bebas tetapi terasnya hendaklah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, Akidah, Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jenayah, Dakwah atau Sejarah, Hari Raya, Hari Kebesaran, Akhlak atau Tasawwuf dan Isu Semasa atau Tasawwur Islam.

Teks khutbah mestilah karya asli penulis da bukan terjemahan, saduran atau penyesuaian daripada khutbah lain yang belum pernah diterbitkan.

Borang penyertaan boleh diperoleh daripada urus setia pertandingan di Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut atau muat turun borang penyertaan di www.jais.com.my.

Tarikh tutup penyertaan adalah 10 November ini.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next