Selangorkini
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2310/2350 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 31 OKT: Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dengan sokongan sederhana bagi nota tempatan itu sejajar prestasi kebanyakan mata wang serantau.

Pada jam 9.01 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2310/2350 berbanding dolar AS daripada 4.2360/2390 semalam.

Peniaga berkata, pelabur bertukar berhati-hati terhadap dolar AS selepas bekas pengurus kempen Presiden Donald Trump dituduh dengan pengubahan wang haram, selain kemungkinan Trump memilih Gabenor Jerome Powell sebagai pengerusi Rizab Persekutuan yang baharu.

“Ini membantu mata wang Asia kelihatan lebih menarik kepada pelabur,” katanya.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali euro yang mana ia mengukuh kepada 4.9270/9321 daripada 4.9290/9342 semalam.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1078/1117 daripada 3.1069/1101.

Ia susut kepada 3.7396/7435 daripada 3.7282/7312 berbanding yen dan lebih lemah berbanding pound British pada 5.5845/5902 daripada 5.5750/5798.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :