Ringgit diniaga naik 4.2135/2165 berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Ringgit diniaga naik 4.2135/2165 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 13 OKT: Ringgit meningkat sedikit berbanding penutupan semalam dan dibuka lebih tinggi pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dengan pelabur terus berada dalam kebimbangan menjelang penyiaran data inflasi AS lewat hari ini yang mungkin memberi petunjuk berhubung kenaikan kadar faedah di negara itu.

Pada jam 9.05 pagi, unit tempatan mencatatkan 4.2135/2165 berbanding dolar daripada 4.2200/2240 pada penutupan Khamis.

Ringgit bagaimanapun bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.


Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1133/1162 daripada 3.1153/1187 pada Khamis namun, rendah berbanding pound British kepada 5.5917/5970 daripada 5.5772/5841 semalam.

Unit tempatan tinggi berbanding euro kepada 4.9900/9949 daripada 5.0007/0071 semalam namun, rendah berbanding yen kepada 3.7553/7587 daripada 3.7538/7577 pada Khamis.

SUMBER: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next