Serah peguam, saman Utusan tetap diteruskan- MB | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Serah peguam, saman Utusan tetap diteruskan- MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 OKT : Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan kepada peguamnya bagi lanjutan prosiding saman terhadap akhbar, Utusan Malaysia.

Beliau berkata, tindakan susulan diambil bagi membersihkan namanya daripada kenyataan fitnah yang dibuat akhbar itu membabitkan isu penganjuran pesta arak di Klang.


“Saya sudah merujuk isu ini kepada peguam dan saya telah dimaklumkan bahawa pihak Utusan telah menerima maklumbalas terhadap saman itu.

“Namun, saya telah mengarahkan peguam untuk memastikan apa juga tindakan yang wajar ke atas akhbar itu untuk membersihkan nama saya dan tidak mengulangi fitnah itu.

“Untuk itu, bentuk dan kaedah saman itu diserahkan kepada peguam untuk proses perbincangan saya dan saya akan dapatkan maklumat terkini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Apresiasi dan Inovatif Peringkat Negeri Selangor 2017 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada 25 September lalu, muka depan Utusan Malaysia memaparkan laporan dengan tajuk “Azmin benar pesta arak” berserta laporan empat muka surat yang mengaitkan Mohamed Azmin.

Susulan laporan itu, Mohamed Azmin memberi tempoh 48 jam terhadap Utusan Malaysia memohon maaf dan menarik semula laporan berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan balas dikeluarkan Utusan Malaysia.

Terdahulu, ini bukan pertama kalinya akhbar itu disaman berhubung laporan bersifat fitnah terhadap pimpinan Pakatan.

Lebih memalukan, kebanyakan prosiding dan lanjutan kes keputusan fitnah tidak berpihak kepada lidah rasmi Umno itu.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next