Skim Smart Sewa bantu miliki kediaman sendiri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Skim Smart Sewa bantu miliki kediaman sendiri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PUCHONG, 7 OKT: Sebanyak 110 unit kunci rumah bagi Skim Smart Sewa di Pangsapuri Damai, Bandar Kinrara diserahkan kepada penyewa pada kadar RM550 hingga RM650.

Majlis Penyerahan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad.


Dato’ Menteri Besar dalam ucapan perasmiannya berkata, Skim Smart Sewa dilaksanakan atas keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kesukaran rakyat mendapatkan bantuan pembiayaan peribadi daripada bank.

Beliau berkata, fokusnya tertumpu kepada dua matlamat utama memastikan individu berkelayakan mendapat akses kepada pembelian rumah selepas tempoh kadar sewa tamat.

“Skim ini dilaksanakan untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah yang tidak mendapat pembiayaan daripada bank dapat membeli rumah.

IMG_8494“Kerajaan Negeri sedar, sebahagian penyewa mahu memiliki rumah, namun kerana masalah perbankan itu, ia menghalang kepada proses untuk pembelian rumah.

“Justeru, skim ini diperkenalkan menerusi bantuan kewangan sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi merealisasikan hasrat itu,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci di Dewan Pangsapuri Damai Utama.

Terdahulu, Smart Sewa merupakan program Kerajaan Negeri yang membantu penyewa memiliki kediaman menerusi pemulangan deposit sewa pada kadar minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

IMG_8493Pemulangan deposit berkenaan boleh digunakan sebagai wang pendahuluan bagi pembelian membeli kediaman.

Difahamkan, sebanyak 862 unit rumah mampu milik disediakan di bawah pelaksanaan skim berkenaan dengan 221 daripadanya sudah ditawarkan kepada pembeli sementara 641 lagi unit telah dikenalpasti.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next