PBT SELANGOR

Sunway The Good Run kutip RM200,000

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 29 OKT: Kira-kira RM200,000 berjaya dikutip menerusi acara larian Sunway The Good Run yang disertai 6,000 peserta, pagi ini.

Pengarah Urusan Sunway Property Malaysia, Sarena Cheah berkata, hasil kutipan itu akan disumbang sepenuhnya kepada Cancerlink Foundation.

Katanya, larian itu bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kanser dan menggalakkan perubahan gaya hidup bagi memerangi penyakit maut itu.

“Kita sudah mewujudkan ‘Sustainable Living Village’ and ‘Sunway Good Run’ sebagai platform mendekatkan komuniti kepada sasaran pembangunan lestari.

“Sunway adalah berkait rapat dengan kehidupan sihat dan kami berharap semua dapat merasainya semasa berada, tinggal, bekerja dan bermain di Bandar Sunway,” katanya.

Sunway The Good Run merupakan anjuran Sunway Property dan Sunway Medical Centre dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Buat pertama kalinya, Kumpulan Prasarana membenarkan peserta acara larian menggunakan laluan Bus Rapid Transit (BRT) di Bandar Sunway.

=EZY=


Pengarang :