Selangorkini
GLOBAL NASIONAL

Taufan Lan dijangka landa Okinawa Ahad Ini

OLEH SABIRAH AZIZ

TOKYO, 20 OKT: Kedatangan Taufan Lan yang dijangka melanda Okinawa, pada Ahad ini memaksa pengundian untuk pilihan raya umum Jepun dijalankan sehari lebih awal, di beberapa kawasan terpencil, di negeri itu.

Agensi Meteorologi Jepun dalam kenyataan berkata, taufan kategori satu ketika ini berada di bahagian timur Filipina dan sedang menghala ke bahagian utara dengan jangkaan kelajuan 200 kilometer sejam (km/j) sebelum tiba, di Okinawa.

“Hujan lebat dijangka melanda kepulauan Nansei di selatan Jepun, di bahagian barat Pasifik dan timur Jepun, bermula esok sehingga Isnin depan.

“Ada kemungkinan hujan yang sangat lebat melanda beberapa kawasan,” kata kenyataan itu menurut Reuters.

Menurut laman sesawang Risiko Ribut Tropika, kekuatan taufan Lan dijangka meningkat kepada kategori 3 tetapi kembali lemah ketika melintasi Tokyo, Isnin ini.

Justeru, pihak berkuasa tempatan di Okinawa mengambil keputusan meminda tarikh pengundian sehari lebih awal untuk beberapa kawasan terpencil di daerah itu.


Pengarang :