Tourism: Chalet ditutup serta merta, kerja baik pulih disegerakan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Tourism: Chalet ditutup serta merta, kerja baik pulih disegerakan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 OKT: Tourism Selangor mengarahkan kesemua chalet di Chongkak Park and Resort ditutup serta-merta, selepas ia tular kerana didakwa tidak selamat diduduki pengunjung.

Menurut kenyataan Tourism Selangor, arahan itu dikeluarkan selepas mengambil maklum aduan orang awam terhadap struktur chalet yang didakwa berada dalam keadaan tidak memuaskan.


“Tidak dinafikan, chalet di kawasan tersebut sememangnya berada dalam keadaan tidak memuaskan.

“Oleh itu, bagi menangani isu ini, kesemua chalet di Chongkak Park and Resort ditutup serta merta bagi merta bagi kerja-kerja penyelenggaraan, baikpulih dan proses naik naik taraf selama satu (1) bulan.

“Kawasan rekreasi awam yang masih berada dalam keadaan baik dan diselenggarkan dengan baik dibuka kepada orang ramai serta beroperasi seperti biasa.

“Tourism Selangor secara terbuka ingin memohon maaf kepada pihak pelanggan berkenaan dan akan membayar pampasan sewajarnya,” jelas kenyataan itu.

Untuk pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi 03-55132000 atau layari laman web www.tourismselangor.my.

Memetik laporan Mstar, terdapat kira-kira 14 chalet di resort tersebut dan kawasan itu turut meliputi hutan rekreasi dan sungai untuk kegunaan orang awam.

Portal itu melaporkan, mengenai percutian sebuah keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri apabila banglo yang disewa di resort berkenaan tidak seindah seperti digambarkan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next