106 tapak pembuangan sampah dikenalpasti | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

106 tapak pembuangan sampah dikenalpasti

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Negeri mengenalpasti 106 lot tapak pembuangan sampah haram dengan Kuala Selangor mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 49 lot.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 127 hingga Seksyen 130 Kanun Tanah Negara (KTN) dikenakan terhadap pemilik jika didapati bersalah.


“Pentadbir Tanah Daerah (PTD) akan menggunakan seksyen berkenaan untuk tindakan penguatkuasaan kerana melanggar syarat nyata tanah.

“Sebagai contoh tanah pertanian yang digunakan sebagai tapak pelupusan sampah,” katanya.

Beliau yang menjawab soalan lisan dikemukakan ADN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berkata selain Kuala Selangor, 29 lot dikenalpasti di Sepang, sembilan di Klang, tujuh di Hulu Langat, lima di Gombak dan Kuala Langat sementara dua lot di Petaling.

Hian Wah berkata secara umumnya, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) akan mengenalpasti dan menyemak dengan pemilik tanah untuk menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kos pemuliharaan lot tersebut.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next