Selangorkini
PBT SUKANKINI

1,200 sertai PJ Fun Ride 2017

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA, 10 NOV: Seramai 1,200 peserta sertai PJ Fun Ride sempena PJ Fair 2017 yang diadakan di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, pada 5 November lalu.

Peserta PJ Fun Ride melalui laluan sepanjang 40 kilometer membabitkan beberapa jalan bermula dari Stadium Kelana Jaya hingga Taman Tasik Kelana Jaya, seawal jam 7.30 pagi.

Majlis pelepasan disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain.

Turut serta menyertai aktiviti berbasikal ialah Datuk Bandar Miyoshi, Saitama, Jepun, Mr Hayashi Isao dan penampilan khas selebriti ternama tanah air, Aiman Tino.

Penganjuran PJ Fun Ride bertujuan menggalakkan penduduk sekitar Petaling Jaya mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.

Selain itu, ia dapat memupuk kesedaran masyarakat Petaling Jaya berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida melalui
kenderaan bermotor.

Malah, program berbasikal yang diadakan sejak 2012 itu mendapat penyertaan memberangsangkan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya berhasrat menjadikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai lokasi tumpuan, ceria dan ‘hidup’.


Pengarang :