Selangorkini
SELANGOR

72 NGO-I terima sumbangan MAIS

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 17 NOV: Sebanyak 72 badan pertubuhan bukan Islam kerajaan (NGO-I) menerima sumbangan dana daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menerusi laman rasmi MAIS, bantuan hampir RM1 juta itu hasil dana tahun ini yang diperuntukkan asnaf fisabilillah Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan memperkasa dakwah NGO-i dan membangunkan sahsiah umat Islam.

Sumbangan disampaikan Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dengan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan NGO-i, Dato’ Pahlawan Mohd Shukri Dahlan pada Majlis Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) Selangor 2017, di Hotel Concorde.

Pada majlis berkenaan, MAIS menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan PEPIAS (RM10,000), Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor SAHABAT (RM15,000), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Selangor PEMADAM (RM15,000) dan Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Selangor (RM20,000).

Pada masa sama, MAIS turut menyampaikan sumbangan hampir RM1 juta kepada 16 Rumah Perlindungan Al-Riqab (RPA) dan lapan Rumah Kebajikan Perlindungan Anak Yatim.

Selain itu, MAIS turut memberi sumbangan RM120,000 kepada lima rumah kebajikan warga emas.


Pengarang :