75% peserta program RKRS berjaya buka perniagaan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Sabirah Aziz

75% peserta program RKRS berjaya buka perniagaan

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 13 NOV: 75 peratus peserta daripada program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) berjaya membuka perniagaan sendiri, setakat ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jumlah itu memberi peluang dan impak positif kepada pembangunan bakal usahawan, diSelangor.


“Jumlah ini membabitkan 120 peserta, pada 2016 yang dibantu melalui pakej bantuan latihan kemahiran RKRS dan pinjaman mikro kredit Yayasan HIJRAH.

“Sementara itu, bagi 2017 seramai 180 peserta dipilih menyertai kursus sama dan turut menerima tawaraan pinjaman daripada Yayasan HIJRAH,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib berkenaan manfaat program RKRS, pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Nik Nazmi berkata, menerusi program itu, peserta didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti ‘soft skill’ dan insaniah di bawah tajaan Perangsang Selangor sebelum diberi bantuan pinjaman melalui Yayasan HIJRAH untuk memulakan perniagaan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next