Adaptasi industri 4.0 elak bergantung tenaga asing | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Adaptasi industri 4.0 elak bergantung tenaga asing

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri mengambil pendekatan proaktif dengan melaksanakan beberapa inisiatif mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, di Selangor.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, antara inisiatif dijalankan ialah sains hayat, elektrikal dan elektronik, jentera dan peralatan, pembuatan makanan dan minuman serta peralatan pengangkutan.


Katanya, Kerajaan Negeri juga menggalakkan pengusaha industri mengadaptasi industri 4.0 dalam proses pengeluaran mereka.

“Dengan penggunaan automasi dalam sistem pengeluaran, keperluan sumber tenaga kerja kurang mahir dapat dikurangkan dan syarikat lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Kim menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri tidak mempunyai dasar khusus berkaitan warga kerja asing kerana ia di peringkat Kerajaan Persekutuan, di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Dasar Buruh Negara yang diguna pakai, di semua negeri.

“Proses kelulusan dan pengawalan kemasukan warga kerja asing dilaksanakan agensi Persekutuan, di bawah KDN.

“Walaupun secara dasarnya Kerajaan Negeri mengawal kemasukannya ke Selangor, namun khidmat tenaga kerja asing amat diperlukan sektor perindustrian bagi menampung kekurangan tenaga kerja tempatan,” katanya.

Berdasarkan maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia, katanya, jumlah pekerja tempatan seramai 14,513,400 sehingga Ogos lalu, manakala maklumat Jabatan Imigrsen Malaysia merekodkan 1,732,944 pekerja asing.

“Melalui jumlah itu, nisbah antara keduanya bersamaan lapan pekerja tempatan:satu pekerja asing,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next