Selangorkini
SELANGOR

ADN Balakong mohon sukarelawan sertai misi bantuan banjir Pulau Pinang

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 9 NOV: Ahli Dewan Negeri Balakong, Ng Tien Chee memohon lebih ramai sukarelawan menyertai misi bantuan banjir, di Pulau Pinang.

Beliau berkata, penyertaan lebih banyak sukarelawan amat diperlukan bagi membantu kerja pembersihan selepas banjir.

“Di Selangor, kami masih menerima panggilan menawarkan bantuan untuk membeli bahan asas sepertei makanan dan minuman, namun sebenarnya di peringkat ini kita sudah tidak perlukan lagi bantuan dalam bentuk itu.

“Bagaimanapun, kepada sesiapa berminat menghulurkan bantuan boleh merujuk dalam laman Facebook DAP Pulau Pinang yang sekarang ini kami memerlukan lebih sukarelawan untuk membantu misi ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini.

“Secara amnya, apabila berlaku bencana alam kami akan memberikan tiga peringkat bantuan iaitu pertama menyelamat, kedua pembersihan dan ketiga pembersihan yang memerlukan banyak tenaga kerja.

“Saya juga baru pulang dari Pulau Pinang dan apa yang pasti di bahagian pulau sudah selesai misi pembersihannya, namun di Seberang Prai masih lagi belum selesai. Maka, dengan itu saya mohon lebih banyak bantuan sukarelawan menyertai misi bantuan pemulihan, di sana,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya menerima sumbangan RM10,000 daripada wakil syarikat SEP BHD sebagai dana misi bantuan banjir, di Pulau Pinang.


Pengarang :