Banjir Hulu Langat: MB arah JPS, kontraktor bertindak segera | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Sabirah Aziz

Banjir Hulu Langat: MB arah JPS, kontraktor bertindak segera

OLEH SABIRAH AZIZ

HULU LANGAT, 14 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dan kontraktor diarahkan bertindak segera menangani masalah banjir di Kampung Sungai Serai, dekat sini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia berpunca daripada sebahagian ‘bunded’ (bungkusan) yang rendah di kawasan Sungai Langat menyebabkan air melimpah ke kawasan kampung.


“Saya meminta semua jentera masuk segera ke kawasan ini supaya ‘bunded’ dapat ditingkatkan lebih kurang dalam satu kilometer.

“Pihak terlibat juga akan membantu membersihkan rumah yang dimasuki air,” katanya sambil menambah terdapat kira-kira 20 hingga 25 buah rumah terjejas.

Beliau kepada pemberita selepas melawat kawasan banjir di Batu 12, Sungai Serai, Hulu Langat, di sini.

Pada masa sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Razaly Hassan ketika ditemui berkata, kawasan tersebut kerap dilanda banjir apabila hujan.

“Hujan sejak jam 6 pagi tadi menyebabkan paras air semakin kritikal jadi saya minta supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri komited dalam menyelesaikan masalah banjir yang berlaku di kawasan ini.

“MB juga telah menjalankan tanggungjawabnya dengan mengarahkan pihak terlibat menyelesaikan masalah ini dan saya sendiri akan memantau kerja berkenaan,” katanya.

Razaly berkata, terdapat tiga kampung terjejas akibat banjir tersebut iaitu Kampung Sungai Serai, Kampung Sungai Tekali dan Kampung Sungai Gahal.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next