Selangorkini
EKONOMI

Bank Negara: Tiada rancangan tubuh entiti tukar mata wang kripto

KUALA LUMPUR 25 NOV: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan, tiada sebarang rancangan rasmi untuk menubuhkan atau melantik entiti penukaran mata wang kripto rasmi di Malaysia.

BNM dalam satu kenyataan berkata, sebuah artikel yang diterbitkan oleh satu portal bertajuk, ‘Govt may appoint an official cryptocurrency exchange’ (Kerajaan mungkin lantik entiti penukaran mata wang kripto rasmi), adalah bersifat spekulas.

Kenyataan itu yang membayangkan bahawa bank pusat itu berkemungkinan melantik entiti penukaran mata wang kripto rasmi adalah mengelirukan dan tidak benar.

“Satu peraturan akan dikeluarkan untuk menjadikan mana-mana orang atau entiti menyediakan perkhidmatan penukaran mata wang digital sebagai institusi pelapor di bawah jadual 1 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001,” katanya.

BNM berkata, ini secara proaktifnya menjamin Malaysia daripada penyalahgunaan mata wang digital bagi tujuan menyalahi undang-undang.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :