SELANGOR

BN tiru dasar, bukti Pakatan berjaya tadbir Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 NOV: Sudah menjadi kelaziman Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional meniru pelaksanaan dasar berkebajikan diperkenalkan Kerajaan Pakatan di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ia membuktikan Selangor lebih ke hadapan melaksanakan dasar berkebajikan negeri berbanding di peringkat Persekutuan.

“Barisan Nasional memang kerap tiru Selangor. Terbukti cara (dasar) Kerajaan Negeri adalah yang terbaik,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Umno, Tan Sri Noh Omar untuk memperlebar luas pelaksanaan Skim Smart Sewa di bawah dasar Perumahan Rumah Mampu Milik (PPR) di seluruh Selangor sekiranya berjaya menawan negeri pada pilihanraya depan.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama wujud cadangan di peringkat Persekutuan untuk menggunapakai dasar sedia ada yang sudah dilaksanakan di Selangor.

Antaranya sebelum ini, Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Belanjawan Pusat 2018 memperkenalkan insentif skim yang dikenali sebagi Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa, dasar ADAM 50 diciplak daripada program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang memperuntukkan bantuan kewangan kepada anak-anak negeri mendaftar di bawah program itu.

Selain itu, pembangunan infrastruktur di bawah pelan perancangan Off River Storage (ORS) turut didakwa ditiru sebagai inisiatif penjagaan sumber air negara.


Pengarang :