Cub Prix: Aiman dinasihat terus fokus | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Cub Prix: Aiman dinasihat terus fokus

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 14 NOV: Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech, Mohd Aiman Tahiruddin, diminta terus fokus bagi menghadapi perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Dataran Bandar Penawar, Johor pada 18 dan 19 November ini.

Pengurus pasukan, Ahmad Fuad Baharudin, berkata tumpuan perlu diberikan Mohd Aiman kerana beliau kini mendahului kedudukan keseluruhan kategori WIRA dengan 132 mata dan hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi bagi mengesahkan gelaran juara keseluruhan musim ini.


Namun, katanya, pelumba berusia 16 tahun itu tidak harus berasa gementar dan melakukan kesilapan hingga boleh meranapkan impiannya.

“Di atas kertas, tiga mata diperlukan nampak mudah tetapi situasi berbeza di atas litar di mana pelumba mungkin berasa sedikit gementar dan ini akan menyebabkan berlaku kesilapan termasuk hilang fokus.

“Dalam perlumbaan penting seperti ini, Mohd Aiman perlu tenang dan berlumba macam biasa sama seperti perlumbaan lalu,” kata juara keseluruhan tiga kali kategori perdana itu.

Dari segi persiapan jentera, Ahmad Fuad berkata, Mohd Aiman tidak perlu bimbang kerana pasukan akan menyediakan yang terbaik untuknya.

“Kita mahu melihat dia menamatkan musim di atas podium,” katanya.

KEDUDUKAN KESELURUHAN KATEGORI WIRA

1. Mohd Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech (132 mata)

2. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team (110 mata)

3. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing (103 mata)

4. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing (87 mata)

5. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech (73 mata)

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next