DNS terima usul penyata JP-PADAT isu Orang Asal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

DNS terima usul penyata JP-PADAT isu Orang Asal

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri akan menyemak semula saranan untuk mempercepatkan pewartaan tanah Orang Asal di Negeri Selangor.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata penyata yang dikemukakan disifatkan baik dan beliau akan memanjangkan perkara ini kepada Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).


“Hampir semua saranan tertumpu kepada peranan JAKOA. Kita tidak mempunyai hubungkait secara langsung bersama JAKOA.

“Tetapi saya akan bawa penyata ini kepada Pengarah JAKOA Semenanjung supaya ia diselesaikan di peringkat persekutuan,” katanya.

Menurutnya, beliau akan memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara ini pada sidang akan datang.

Sebelum itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Dr Shafie Ngah mengemukakan usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) untuk menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) Berhubung Permasalahan Penentuan Hak Milik Dan Pewartaan Tanah Orang Asli Di Negeri Selangor yang dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 31 Tahun 20177.

Usul berkenaan diterima Dewan Negeri Selangor (DNS) tanpa bahas.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next