Hari Integriti tingkat kesedaran tolak rasuah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

Hari Integriti tingkat kesedaran tolak rasuah

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 14 NOV: Sambutan Hari Integriti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman mengenai komitmen dalam bekerja.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, pelaksanaan Hari Integriti MBSA diharap dapat membudayakan integriti di kalangan warga kerja menolak gejala negatif seperti rasuah dan salah guna kuasa.


Beliau berkata pada Sambutan Hari Integriti Peringkat MBSA 2017 yang disempurnakan Dato’ Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Turut hadir, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Shukri Mohamad Hamin, Timbalan Setiausaha MBSA, Rosli Bakar, Ketua Bahagian Integriti, Juliah Alimun dan warga kerja MBSA.

Antara pengisian program, pelancaran ‘tagline’ dan logo Integriti Di Hati, forum integriti bertajuk “Peranan Penjawat Awam Dalam Memperkasakan Integriti” disampaikan oleh kakitangan SPRM, dan ceramah bertajuk “Persediaan Menghadapi Yaumul Jaza” oleh Imam Muda Asyraf.

Selain itu, turut diadakan penyampaian hadiah bagi pertandingan Logo Integriti Di Hati, Video Pendek Integriti, Pertandingan Swafoto Integriti untuk menarik minat warga kerja MBSA menyelami maksud sebenar integriti dan memupuk semangat bekerja.

Di samping itu, terdapat juga pameran seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Penjara Sungai Buloh dan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI).

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next