Selangorkini
NASIONAL

Hentikan tindakan perundangan, kembalikan LPN

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR,30 NOV: Pakatan Harapan menyeru Kerajaan Persekutuan mengarahkan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) untuk menghentikan tindakan undang-undang terhadap NGO Rescue Padi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan BERNAS mengeluarkan notis undang-undang menyaman NGO berkenaan, rentetan tindakan mereka menghantar memorandum kepada Kerajaan Persekutuan berhubung BERNAS adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan cubaan menakutkan mereka.

“Kami berpegang teguh bahawa hak sah semua rakyat Malaysia untuk meneliti dan menyoal prestasi dan peranan awam BERNAS.

“Kami mengancam tindakan BERNAS menakut-nakutkan serta mendiamkan Padi Rescue dengan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, Rescue Padi menyerahkan memorandum bertajuk ‘Bernas Gagal, Kembalikan Fungsi LPN’ kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 20 Oktober lalu.

Dalam sidang media di Pusat Media Parlimen semalam, mereka juga menuntut penubuhan semula Lembaga Padi dan Beras Negara.

“Ini adalah kerana BERNAS sebagai sebuah syarikat persendirian yang merupakan entiti komersial yang berpaksikan kepada keuntungan adalah tidak layak untuk menguruskan industri padi negara,” katanya.

Rentetan itu seramai 83 ahli parlimen pembangkang mendatangi memorandum untuk menyatakan bantahan Bernas berkenaan.


Pengarang :