BERITA UTAMA SELANGOR

Ibu Dr Yunus kembali ke rahmatullah, MB hadir beri penghormatan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SIJANGKANG, 16 NOV : Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberikan penghormatan terakhir kepada ibu kepada Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Yunus Hairi, Saniah Rakiman yang pulang ke rahmatullah, pagi ini.

Saniah Rakiman, 78 meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sijangkang kerana sakit tua.

Bercakap kepada SelangorKini, Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan takziah ke atas pemergian ibu kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi itu.

Mohamed Azmin berharap keluarga Allahyarhamah tabah dan redha atas pemergiaan itu.

“Saya dimaklumkan Almarhumah dalam keadaan sihat sebelum ini, namun telah ditentukan takdir Allah beliau pergi mengadap Ilahi.

“Kita mendoakan semoga Almarhumah mendapat khusnul khatimah dengan pengakhiran yang baik.

“Semoga rohnya ditempatkan di syurga Allah penuh nikmat,” katanya selepas hadir memberikan penghormatan di kediaman Dr Yunus Hairi di Sijangkang, petang ini.

Allahyarhamah disemadikan di tanah perkuburan Kampung Kampung Medan Sijangkang, di sini, jam 3.40 petang.


Pengarang :