Kedah atau Pahang? Tunggu keputusan FAM | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Kedah atau Pahang? Tunggu keputusan FAM

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 NOV: Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan dua kelab yang akan beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, keputusan mengenai dua pasukan yang akan mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC akan diketahui dalam masa terdekat.


“Sebelum ini jawatankuasa rayuan meluluskan lesen FAM untuk Kedah beraksi di Liga Super musim depan. Tapi lesen AFC tidak dinyatakan.

“Jika benar Kedah tiada lesen AFC, maknanya betullah mereka tidak boleh beraksi di Piala AFC,” katanya dipetik Sinar Harian.

Setakat ini juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tempat beraksi saingan Piala AFC musim depan.

Namun, tempat satu lagi pasukan iaitu juara Piala FA tahun ini, Kedah dikatakan akan digantikan dengan naib juara Piala FA, Pahang berikutan kegagalan pasukan itu mendapatkan lesen AFC.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next